href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

tentang cinta [part 2]


bersambung...

   Suasana dalam kereta sepi. Hanya kedengaran celoteh DJ yang berkumandang dari radio kereta itu. Aku mula rasa tak selesa. Aku menoleh sekilas ke belakang. Kelihatan Qaisha yang sedang tidur dengan lena.

   "Hmm..!" satu keluhan terlepas dari bibirku.

   "Iman okey?" dia bertanya, perlahan. Mungkin tidak mahu mengejutkan Qaisha.

   Aku menoleh ke arahnya. Mata kami bertembung. Namun aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku. Tidak mahu dia perasan yang aku kekok duduk berdua dengannya. 'aku tak nak jatuh cinta dengan dia. Tuhan, tolong aku!' aku berdoa di dalam hati.

  "Iman dah banyak berubah. U're totally change, Iman!" dia masih bersuara.

  Aku tergelak kecil. Mungkin kerana ayat itu terlalu banyak ducapkan pada aku. Aku berubah? Ye, memang aku berubah. Fir lambat tahu kerana dia baru balik Malaysia. Selama ni Fir ada dekat Melbourne, belajar medic kat sana.

  "Yup, Iman dah berubah." aku membalas sambil tersenyum.

  "Fir ingat lagi, dulu Iman seorang gadis yang liarlah jugak. Iman suka lepak night club. Sampaikan family Iman tunangkan kita berdua." Fir mula membuka kisah silam aku.

   Aku mendengus geram. Tidak suka kisah silam aku di ungkit. Aku menjeling dia sekilas. Seketika, aku menarik nafas dalam-dalam. Sebelum menyambut ceritanya tadi. Dengan niat mahu dia berhenti mengungkit segalanya .

  "Yeah, semua tu cerita dulu. Tolong jangan ungkit lagi. Iman betul-betul nak berubah!" aku menekankan suara pada ayat terakhir tu.

   Kedengaran dia melepaskan keluhan. Suasana dingin mula mengelilingi kami. Aku sengaja mensibukkan diri dengan membelek telefon bimbit. Tiba-tiba telefon itu berbunyi. Tertera nama 'SuperHero' di skrin. Bibirku dengan automatiknya mengukirkan senyuman. Lantas aku menekan butang hijau di skrin untuk menjawab panggilan itu.

   "Hello sunshine!" kedengaran suara Adam di hujung talian.

   "Apa hello-hello? Bagi salamlah." Aku mengingatkan dia.

  "Yewla. bos! Assalamualaikum sayang!" Dia berkata. Perkataan 'sayang' itu dia sengaja lembutkan. 'mengada-ngada' getus hati aku.

   "Waalaikumusalam. Awak rindu saya ea?" aku mengusik dia.

   "Eh, mestilah. Jom lepak. Dah lama awak tak datang rumah saya. Mama asyik tanya pasal awak je. Saya jealous tau!" dia merajuk.

   "Alololo, anak mama ni dah merajuk pulak. Takpelah, awak manja dengan papa awak je. Mama awak, saya conquer. Hehe!" aku tergelak.

    Aku sedar, Fir memerhatikan aku. Kelihatan dia seperti muram, macam ada sesuatu yang buat dia sedih. Aku malas nak ambik tahu. Aku membiarkan dia melayan perasaan. Mungkin teringat awek dekat Melbourne kot. Entah?!

    Akhirnya perbualan aku dan Adam tamat. Ketika itu, kereta Fir sudah masuk ke dalam taman perumahan aku. Aku mengejutkan Qiasha. Dia terjaga dan terus pergi ke depan, ke arah aku. Aku mencium dahinya. Fir masih memerhatikan gelagat aku.

   Setelah sampai, aku ingin membuka pintu kereta. Tiba-tiba Fir memegang tanganku. Dia berkata..

   "Fir rindu Iman..." perlahan, tapi jelas pada pendengaran aku.

   'Tuhan, boleh aku balas yang aku pun rindu dia?' aku mengeluh.

  Aku tersenyum. Kaki terus keluar dari kereta. Tidak mahu memandang wajahnya. Aku menarik tangan Qaisha.

  "Fir tunggu Iman..!"

   Air mataku ingin mengalir. Qaisha mengenggam erat tanganku, seolah memberi semangat. 

~~~~~~~

  Aku terbaring penat di atas katil. Terlentang sambil merenung siling. Ingatan masih mengingati ayat Fir tadi. Dan dia telah berjaya membawa aku mengingati semua yang telah aku lupakan dulu. Peristiwa yang menyebabkan kami putus tunang. Siapa salah? Aku pasti, sangat-sangat pasti. Aku yang salah.

  Aku cuba lupakan peristiwa itu. Tapi keadaan membuat aku membuka kembali kisah silam yang tersimpan rapi selama ini...

bersambung...

lots of love
afrinayusuff