href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

maafkan aku (part 1)





   Ikhwan mendengus kegeraman . Sudah banyak kali dia menelefon husna tetapi tidak berjawab . 'kalau ye pun nak merajuk , tak payahlah tak nak angkat aku call . buat aku risau je' Ikhwan merungut didalam hati . Dia risau bila Husna tidak mengangkat telefonnya . Dia takut ada sesuatu yang buruk terjadi pada Husna .

       Der , aku call angkatlah .
       Kau tak sayang aku ke ?
                        -Ikhwan-

  Tiada cara lain yang boleh dibuat selain menghantar pesanan ringkas . Dia tahu Husna pasti membaca SMS yang dia kirimkan tadi . Walaupun kesalahan yang terjadi adalah kesalahan dirinya sendiri , dia tetap tidak akan meminta maaf kerana Ikhwan lebih mementingkan egonya sebagai seorang lelaki . Dia tidak akan pernah meminta maaf tetapi jika keadaan benar-benar terdesak , dia akan melakukannya .

      Nak berbaik dengan orang macam kau
      memang susah , kan ?
      kenapa kau susah sangat nak buang
      sikit ego kau tu ?
      Yes , memang aku sayang kau . Tapi
      apa yang aku dapat ? Sudahlah sayang ,
      penat cakap dengan kau . Bye .
                              -Husna-

  'Haih , perempuan nie merajuklah . Aku malas nak pujuk , pandai-pandailah kau ubat hati kau tu , gadis !' Ikhwan bermonolog seketika . Itulah sikap Ikhwan yang paling dibenci oleh Husna . Egois ! Sudah banyak kali hati Husna terluka disebabkan ego yang tinggi melangit itu . Bukan sekali dua Husna cuba memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh Ikhwan .

   Ikhwan mencampak telefon bimbitnya di atas katil dan pergi membersihkan diri dia tahu kemana Husna pergi apabila dia ada masalah . Adakalanya perempuan ni senang untuk dipujuk . Itu yangs ering difikirkan oleh Ikhwan . Setelah selesai bersiap , dia segera mencapai kunci kereta dan gitar kesayangannya . Tidak lengkap hidup Ikhwan jika tidak membawa DSLR miliknya bersama . Minatnya terhadap fotografi telah menemukan dia dengan gadisnya kini , Husna .


      Sayang ,
      Aku tahu aku bukan seperti
      lelaki yang selama ni kau 
      inginkan . Aku cuba jadi macam
      tu , tapi aku gagal .
                          -Ikhwan-


   'Arghh , lelaki ini terlalu banyak bermain kata . Tidakkah dia mengerti bahawa aku seringkali terluka disebabkan kata-kata dia . Hmm , lelaki !" Husna melepaskan keluhan kecil .

  
  Husna berkira sama ada mahu membalas atau tidak SMS itu . Belum sempat dia menekan butang 'send' , dia terbau minyak wangi lelaki itu . Lelaki yang dia rindu ketika ini . 'Apa lagi kata-kata kau , wahai lelaki ? Yang boleh meruntuhkan ego aku yang rapuh ini ?' sekali lagi Husna melepaskan keluhan berat .


     "Sayang ..." 



bersambung ...


dari hati :
afrina yusuff :)

No comments:

Post a Comment