href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

maafkan aku (part 6)





sambungan ...

    "Kau tahu tak sayang ? Aku rela bersusah payah demi kau . Lainlah kalau kau nak pergi sana nak buat benda tak senonoh kan . Sebab tu kau tak nak ajak aku !" Ikhwan menuduh sebarangan .

    "Ikhwan , tolong jangan buat aku sakit hati lagi dengan kau . Cemburu kau tak bertempat !" Husna masih cuba mengawal keadaan agar tidak terjadi lagi pergaduhan .

    "Kalau tak nak aku cemburu , kenapa kau tak bagi aku teman kau pergi sana ?" Ikhwan cuba meredakan kemarahannya .
   
    "Ya Allah , sayang oi , aku pergi sana bukan buat benda jahat mana pun . Just nak selesaikan urusan aku kat sana . Sudahlah , aku tak nak gaduh dengan kau . Aku sayang kau . Oh ye , esok aku pergi Bandar Melaka . Kalau kau nak follow , suka hati kau lah . Janji kau tak mengacau aku nak selesaikan tugasan aku kat sana dah lah . Okey honey , bye . " Husna segera mematikan panggilan . 

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

         Sayang , aku nak pergi nie .
         Doakan keselamatan aku tau .
         Aku nak kau tahu yang aku 
         sayang kau sangat-sangat :)
                          -Husna-

         Husna , jangan cakap macam
         tu . Aku sayang kau jugak :)
                             -Ikhwan-


    Husna tersenyum . Dia yakin Ikhwan adalah yang dijadikan Allah untuknya . 'Ya Allah , jika benar dialah pelindung yang Engkau ciptakan untukku , Kau satukanlah hati kami berdua . Biarlah perhubungan ini berkekalan hingga ke akhirnya ' Husna meraup mukanya setelah berdoa . Dia berharap segala perancangannya akan berjalan lancar . 

    Sebaik sahaja sampai disana , dia memarkirkan kenderaannya ditempat yang disediakan . Husna perasan yang Ikhwan mengekorinya . Dia tersenyum sebelum melambai ke arah Ikhwan . Ikhwan yang sedang berada didalam kereta hanya tersenyum sebelum mencari tempat parkir untuk menunggu Husna .

   Setelah selesai dia menyempurnakan tugasnya , dia melangkah keluar dengan hati yang ceria . Seketika dalam perjalanan , pandangannya tiba-tiba menjadi kelam dan akhirnya dia rebah ke bumi . Sebelum dia rebah , dia terdengar suara Ikhwan memanggilnya .

    "Husna .." Ikhwan dengan segera mendukung Husna dan membawanya masuk ke dalam keretanya .

    Sebaik sampai di hospital , Husna dikejarkan ke dalam dengan iringan juruwat yang membantu . Ikhwan masih setia menanti Husna keluar dari bilik itu . Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang doktor yang menyuruhnya berjumpa doktor itu didalam sebuah bilik . ' Janganlah Kau bagi ujian yang berat untukku Ya Allah ' 

    "Encik ni siapa ya bagi pesakit ?" Doktor itu bertanya .

    "Oh , saya kekasihnya " Ikhwan menjawab ringkas .

    "Saya harap Encik Ikhwan bersabar dengan apa yang saya ingin katakan ini "

    Ikhwan hanya mengangguk dan meminta doktor itu meneruskan kata-katanya .

    "Husna mengalami sakit jantung pada tahap 3 " doktor itu berkata dengan tenang .

    "What !! "

bersambung ...

dari hati :
afrina yusuff :)      

No comments:

Post a Comment