href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

tentang cinta [part 1]


(cerita kali ni aku buat simple tapi best lha kod . tehhee :) hope korang enjoy)

 "Baby, jalanlah cepat. Maksu Iman nak balik rumah cepat ni" Aku menarik tangan si kecil ini agar dia berjalan pantas.

 "Alaa, maksu Iman ni jahatlah. Tarik-tarik tangan baby." Qaisha merengek.

 'Eh, budak ni! Aku cukup baik nak bawak kau keluar pergi shopping. Jangan nak buat hal pulak tengah-tengah mall ni!' Iman Zulaikha mendengus geram. Dia mengalihkan semua beg kertas yang terdapat ditangan kirinya ke tangan kanan. Iman Zulaikha membongkokkan sedikit badannya dan terus mendukung Qaisha .

  "Yeye ! Maksu Iman dukung baby. Hehe! Muahh!" sebuah ciuman hinggap dipipiku.

  Aku memandang muka Qaisha. Kelihatan dia tersengih, menayangkan gigi yang putih itu. Aku turut tersenyum. Bahagia?! Haha, sikitlah. 'Kan best kalau aku dapat anak macam Qaisha ni, comel je!' Aku mula berangan-angan.

  Kedebuk!!

  Tanpa aku sedari, aku telah terlanggar seseorang. Nasib baiklah aku sempat mengeratkan pelukan aku pada Qaisha. Kalau tak, mungkin Qaisha akan terjunam ke hadapan. Tapi beg-beg kertas yang aku pegang tadi telah terjatuh dan berselerak. Aku cepat-cepat menurunkan Qaisha dan mengutip semua beg kertas yang terjatuh.

  "Oppss, sorry. Saya tak sengaja!" kedengaran satu suara asing menerjah telingaku yang tersorok di dalam pashmina yang aku pakai.

  "It's okay. Saya pun salah jugak tadi. Leka dengan Qaisha sampai tak perasan awak." Aku berbicara dengan orang itu tanpa memandang wajahnya.

  "Uncle Fir!" tiba-tiba Qaisha bersuara. 

  'Uncle Fir tu bukan ke...' belum sempat aku menghabiskan monologku, Qaisha bersuara lagi.

  "Maksu Iman, ni Uncle Fir lah!" Qaisha sudah mula membuat aksi minta aiskrim dekat bangla yang bawak motor aiskrim tu. Dia mengoyang-goyangkan lenganku.

  Aku pantas bangun setelah selesai sesi mengutip beg-beg kertas yang bertaburan. Semasa sedang berdiri, anak mataku bertembung dengan sepasang mata milik lelaki yang berada di hadapanku .

  Aku kaget. Terkejut melihat makhluk ciptaan Allah yang hensem gila ni. Hehe!

  "Oh, Fir rupanya. Ingatkan siapalah 'Uncle Fir' yang Qaisha sebut tu."Aku membalas, ringkas.

  Lelaki itu mengangguk. Oh, lupa nak kenalkan. Dia ni ex-tunang aku. Kitorang putus sebulan selepas kitorang ditunangkan. Nama penuh dia, Mohd Firdaus Asyraf. Sebab apa kitorang putus? Nanti korang akan tahu jugak. Haha! Tapi kami still berkawan.

   Aku tersenyum padanya. Sebelum menarik tangan Qaisha untuk beredar dari situ.

   "Iman..!" panggilannya membuat langkahku terhenti.

  Aku berpaling dan tersenyum hambar. Kepenatan. Mungkin disebabkan penat mendukung Qaisha yang berat tu. Hehe! Aku mengangkat bahu sebagai tanda aku bertanya kenapa dia memanggil aku.

   Dia tersenyum. "Fir hantar Iman dengan Baby, boleh?" dia bersuara dan memandangku dengan senyuman menggoda. 'Aikk?! Menggoda aku ke? Kehkeh, perasan habis aku ni!' aku menahan tawa .

   "Maksu Iman, jomlah ikut Uncle Fir. Baby dah penat nak jalan." Qaisha berkata sambil melangkah longlai ke arah Fir.

   'Eh, budak kecik ni! Berlakon pulak dia. Padahal tadi dah melantak 3 ketul KFC' aku mengomel sendirian sambil mata menghadiahkan jelingan tajam ke arah Qaisha.

   Fir memandang aku. Aku membalas pandangannya. Anak matanya menunjukkan yang dia mengharap aku terima ajakannya. Aku menghela nafas berat. Aku memandang Fir dan Qaisha silih berganti. Akhirnya aku menerima ajakannya.

   Sebaik saja aku selesai mengangguk, dia segera mendukung Qaisha dan dalam masa yang sama, tanganku erat berada dalam genggamannya. Aku yang tidak suka dengan situasi itu, segera menarik perlahan tanganku. Aku masih mempunyai batas yang perlu aku jaga.

  Dia memandangku dengan muka yang serba salah. Perlahan dia berkata "I'm sorry.."

  Aku tersenyum manis sebelum mengangguk.

bersambung...

lots of love
afrinayusuff

No comments:

Post a Comment