sambungan ...
Sebaik saja Husna tersedar dari pengsan , ada pesanan ringkas yang diterima lagi . Masih daripada pengirim yang sama . Pengirim yang tidak tahu kemana menghilang dan Husna merindui pengirim itu .
Sayang , aku minta maaf . Aku sedaya upaya jadi suami terbaik .
Tapi hakikatnya , aku tak dapat . Aku sayang kau !
-Ikhwan-
Husna tersenyum . Dia cuba menjadi tabah . Jika sebelum mereka berkahwin dia boleh bersabar dengan perangai Ikhwan . Kenapa tidak sekarang ! 'Ya Allah , jika ini dugaan yang engkau berikan dalam perhubungan ini Aku redha ! Dia suami ku , dan aku tak berhak untuk melawan dia . Kau selamatkanlah rumah tangga ini Ya Allah ! '
jika itu yang kau minta , buat lah .
aku tak akan halang kau , jangan
risau , hati ini masih ada kau :)
-Husna-
Husna mematikan telefon bimbitnya . Dia malas nak membaca balasan daripada Ikhwan . Dia masuk ke dalam bilik air dan mengambil air sembahyang . Dia ingin mengadu kepada Penciptanya . Dia ingin melepaskan segala kesedihannya . Dia fikir lelaki itu akan mengubah sikapnya selepas bekahwin , tetapi tidak !
"Assalamualaikum "
Ikhwan melangkah masuk . Dia mencari Husna , gadis itu menyebabkan dia rindu . Terlalu rindu . Semasa membuka pintu bilik , Ikhwan mendengar suara Husna merintih menghadap Yang Esa . Perasaan serba salah menyelinap diseluruh pelusuk tubuhnya .
"Sayang , aku minta maaf " Ikhwan berkata perlahan tetapi tetap didengari oleh Husna .
"Kenapa kau jadi macam ni ? Aku sayang kau lah . Jangan buat aku macam nie , aku tak kuat , Kau nyawa aku . Kalau kau nak tinggalkan aku , itu bermakna nyawa aku juga akan melayang . Stop it lah sayang ! " Husna berkata .
Ikhwan tidak mahu membalas . Dia mendekati Husna dan memeluknya dari belakang . Terasa mengalir perasaan sedih itu ke dalam jiwanya . 'Tuhan , andai dia tahu apa yang ingin aku lakukan .....'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah pasti Husna sudah melelapkan matanya . Ikhwan mengambil bagasinya dan keluar dari rumah itu . Ada perempuan yang menuggunya diluar rumah . Husna bangun , dia tergamam melihat keadaan itu . Cinta lelaki itu tidak wujud lagi untuk dirinya . Benarlah , aku bukan pilihan hatinya !
Husna hanya memandang kereta itu hilang dari pandangan matanya . Dia mencari telefon bimbitnya dan menelefon Syahril . Selama ini , hanya Syahril tempat dia meluahkan rasa sedihnya terhadap Ikhwan . Syahril banyak membawa makna ke dalam diri nya . Dia mengaku , timbul perasaan sayang dalam dirinya terhadap lelaki itu .
"Syahril , kenapa Ikhwan tinggalkan aku ? Apa salah aku dekat dia ? " Husna menghamburkan pelbagai soalan pada Syahril .
"Sabarlah Husna , dia pergi ada sebab . Kau jangan jadi macam nie . Aku kenal dia . Hanya sebentar dia pergi , tak lama lah tu ! " Syahril memberi semangat .
"Aku tak kuat .. " Husna mula menangis .
bersambung ...
notakukukaki : update sambil dengar lagu aku bukan pilihan hatimu !
dari hati :
afrina yusuff :)

No comments:
Post a Comment