href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

maafkan aku (part 10)




sambungan ...

     "Aku terima nikahnya Nur Husna Irdina binti Mohd Alfi dengan mas kahwinnya RM 1029.60 " dengan sekali lafaz , Husna sah menjadi isteri kepada Ikhwan .

       Sesi membatal air sembahyang berlansung . Ikhwan membuat kejutan dengan menyerahkan gelang yang bertatahkan emas putih dan sekelilingnya bergantungan nama Husna dan Ikhwan .

     "Gosh , kau buat aku rasa nak peluk kau sekarang jugak ! " Husna mengalirkan air mata kegembiraan .

    "Haha , i love you , honey . " Ikhwan mengucup tenang dahi Husna .

      Akhirnya impian mereka untuk menjadi pasangan suami isteri tercapai . Ikhwan dan Husna tersenyum kegembiraan .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      "Sayang , aku nak bagi tahu kau sesuatu ni ! " Husna memanggil Ikhwan yang sedang melipat tikar sembahyang supaya menghampirinya .

        "Apa dia ? " Ikhwan mengambil tempat di atas katil .

        "Aku ada penyakit jantung dan mungkin aku akan pergi tak lama lagi " 

        "Husna , jangan cakap macam tu . Ajal dan maut ditangan Allah . Bukan doktor tu . " Ikhwan menjawab tenang walaupun didalam hatinya , dia merintih kesedihan .

        Husna membenamkan mukanya ke dada bidang Ikhwan dan melepaskan tangisan . Hanya Ikhwan nyawa dia sekarang ini . Dia tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya Ikhwan meninggalkan dia , disaat penyakitnya makin teruk .

        "Aku takkan tinggalkan kau . Aku tak janji , tapi aku cuba tunaikan . " Ikhwan mententeramkan perasaan Husna .

   Mereka berdua tidur sambil berpelukan . Husna memeluk erat Ikhwan , seperti tidak mahu lelaki itu pergi jauh dari sisinya .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Husna bangun dari tidur dan melihat Ikhwan tiada di sisi . Dia risau . Husna segera keluar dari bili dan mencari di sekeliling rumah . Tetapi kelibat Ikhwan masih tidak dijumpai . Dia segera kembali ke bilik dan mencapai telefon bimbitnya . Ada satu pesanan yang diterima Husna dari Ikhwan .

  Aku mintak maaf , aku keluar tak bagi tahu kau .
  Aku keluar tak lama , hanya ingin melepaskan
  sedikit kekusutan dalam kepala aku . jangan 
  sayang , aku sentiasa sayang kau :)
                     -Ikhwan-

    Sebaik saja Husna membaca pesanan itu , dia rebah ke lantai .

bersambung ...

dari hati :
afrina yusuff :)

1 comment:

  1. '..gelang yang bertatahkan emas putih..'

    Hurm? bukan suppose kalau bertatahkan match dgn berlian ke? gelang tu rasenye dibuat dr emas putih, bukan bertatahkan emas putih..

    btw, nice story :)

    ReplyDelete