href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

maafkan aku (part 12)


sambungan ...

    "Kesian kau Husna , aku tak boleh nak buat apa . Memang dia kawan baik aku , tapi aku pun tak tahu kenapa dia buat kau macam nie ? " Syahril ingin sekali bersama Husna untuk sama-sama menampung kesedihan . Tetapi apakan daya , dia hanya kawan yang boleh memberi kata-kata semangat .

    "Kalau ditakdirkan aku pergi dulu , kau tolong sampaikan surat nie pada dia . Kata pada dia , rindu aku terhadap dia terlalu agung . tetapi dia telah memusnahkan segalanya " Husna tersenyum . Dia yakin untuk mengadap Ilahi selepas ini .

    "Jangan cakap macam tu lah sayang . Aku sayang kau " Syahril berterus-terang . 

   "Aku tahu tu , tapi penyakit aku dah makin teruk . Aku tahu akan takkan sempat untuk berkasih sayang lagi dengan kau . Ingat sayang , berkasih itu tidak semestinya kita dapat memiliki dia . Simpan cinta itu dan aku akan bahagia " Husna berkata sambil memandang tepat ke dalam mata Syahril .

   Husna melangkah pergi meninggalkan Syahril . Dia ingin pergi ke Hospital untuk membuat pemeriksaan . Sebaik saja sampai disana , dia terlihat kelibat Ikhwan . Tetapi bila dia memandang kembali , ianya sekadar ilusi . Mungkin dia terlalu merindui Ikhwan .

   "Husna , penyakit awak makin teruk dan awak perlu menjalani pembedahan . Nasib awak baik kerana baru saja tadi ada orang yang ingin mendermakan jantungnya kepada awak . Saya harap awak bersedia untuk menjalani pembedahan itu . "

  "Baiklah doktor . Saya bersedia . Doktor hanya perlu memberitahu tarikh untuk saya menjalani pembedahan " Husna berkata tenang .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 bersambung
dari hati :
afrina yusuff :)

No comments:

Post a Comment