href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

maafkan aku (last part)


sambungan ...

  "Mama , nanti boleh tolong Husna buat doa selamat tak ? Tadi Husna pergi jumpa doktor . Dia cakap Husna dah ada penderma . " Husna berkata .

   "Siapalah insan yang baik hati tu . Husna ada tanya tak dekat doktor , siapa yang dermakan Husna jantung ?" tanya Puan Sarimah .

   "Husna dah tanya , tapi doktor cakap penderma tu tak nak dedahkan identiti diri dia . Husna nak sangat tahu siapa orang yang baik hati tu " Husna berkata . 

   Husna tiba-tiba teringatkan Ikhwan . Sumpah , dia terlalu rindu lelaki itu . Kadang-kadang , dia terbau-bau minyak wangi lelaki itu . Kemanakah lelaki itu menghilang . Ibu bapanya sering memarahi dirinya keran masih lagi mengingati lelaki yang pergi meninggalkan Husna tanpa sebarang warkah yang ditinggalkan sebagai pesanan . Husna tidak boleh melupakan lelaki itu , kerana cintanya masih milik lelaki itu . Tetap utuh untuk lelaki itu .
  "Husna nak ajak Ikhwan datang ke masa kenduri tu nanti ? " Puan Sarimah serba salah untuk menanyakan hal itu .

  Husna menarik nafas dalam , sebelum menjawab soalan mamanya itu .

  "Kalau boleh , Husna harap sangat dia ada masa kenduri itu dan juga masa Husna tengah menjalani pembedahan tu . Tapi mama rasa dia datang tak ? Mungkin dia tak datangkan mama ? Yelah , dia dah ada kekasih hati dia . " Husna berkata sambil tersenyum . Tetapi ada air mata yang mengalir .

   Puan Sarimah tidak sanggup melihat air mata itu tumpah buat kesekalian kali lagi . Cukuplah selama ini Husna berendam dengan air mata . Dia sendiri tidak tahu kenapa Ikhwan berubah sedemikian rupa . Selama yang dia kenal Ikhwan , dia seorang anak yang baik . 

   "Takpelah Husna . Mama cuba pujuk dia datang ye sayang . Sudah jangan menangis lagi . Husna mesti kuat ." Puan Sarimah memeluk erat anaknya itu .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Selesai kenduri doa selamat . Kesihatan Husna semakin teruk . Dia tiba-tiba pengsan sewaktu mengemas peralatan yang digunakan sewaktu kenduri tadi . Kelam-kabut keadaan itu jadinya . Husna tidak pernah pengsan ketika berada dirumah mamanya . 

  Husna segera dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa jantung Husna semakin kritikal dan pembedahan perlu dilakukan dengan segera . Doktor itu berlalu untuk memhubungi penderma itu . Seketika , Husna tersedar dari pengsan dan perkara pertama yang disebut olehnya ialah Ikhwan .

   "Mama , Ikhwan mana ? Husna dah tak lama ni ma . Husna nak minta maaf dekat dia . Banyak dosa Husna dekat dia . Syahril , mana Ikhwan ? Aku nak tengok dia sebelum aku buat pembedahan . Tolong lah " Husna merayu .

   Syahril dan Puan Sarimah berpandangan . Mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat . Setelah tidak sanggup melihat keadaan anaknya sebegitu . Dia memberi telefon bimbit Husna dan menyuruh Husna menelefon Ikhwan sendiri . Husna mengambil telefon itu rakus dan segera mendail nombor Ikhwan 

  Setelah menunggu buat beberapa saat . Panggilan itu terjawab . Kedengaran suara Ikhwan dihujung talian . Husna menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dia menyampaikan apa yang patut .

   "Assalamualaikum , Ikhwan ! " Husna memberi salam .

   "Waalaikumussalam , Husna . Husna sihat ? " Ikhwan kedengaran janggal untuk bersuara . Mungkin disebabkan mereka sudah lama tidak berhubung .

    "Ikhwan , Husna hanya nak cakap yang Husna akan menjalani pembedahan . Walaupun Husna tahu Ikhwan takkan tengok Husna , tapi Husna nak Ikhwan doakan keselamatan Husna . Husna nak Ikhwan tahu yang Husna sayang sangat dekat Ikhwan " Percakapan Husna terhenti kerana doktornya sudah memanggil dia untuk masuk ke dewan bedah .

    "Maaf Ikhwan , Husna kena pergi sekarang . Doktor dah panggil . Ikhwan maafkan semua dosa Husna dekat Ikhwan ya . " Husna bersuara ceria .

     "InsyaAllah Husna . Husna jangan putus asa . Ikhwan sentiasa doakan Husna . " belum sempat Ikhwan menghabiskan ayatnya , talian telah pun ditamatkan .

    Husna memandang mamanya dan Syahril . Dia melemparkan senyuman kepuasan dan dengan segala kekuatan yang ada , dia dibaring di atas katil yang disediakan . Doktor menyuntik ubat bius untuk melelapkan Husna . Sebelum doktor menyuntik bius itu , Husna meminta maaf kepada semua yang berada di situ . Setelah siap , dia ditolak masuk ke dalam dewan pembedahan . Husna hanya bertawakal kepada Yang Maha Esa .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Selesai pembedahan , Husna masih tidak sedarkan diri . Alhamdulillah , pembedahan berlaku dengan lancar . Penderma yang menderma jantungnya kepada Husna , masih tidak menyembunyikan identitinya . Tetapi keluarga Husna sangat berterima kasih kepada penderma itu dan berharap agar dia sentiasa dirahmati Allah .

  "Ma , pembedahan tu berjaya kan " Husna telah tersedar .

  "Ya Allah , anak mama dah sedar . Alhamdulillah sayang , semuanya berjalan dengan lancar . Cuma kita masih tak tahu siapa penderma yang baik hati itu . "

   "Ma , tadi tak silap Husna . Doktor tu ada cakap , penderma tu ada tinggalkan surat untuk Husna . Boleh tak mama tolong ambikkan ? "

   "Boleh sayang " 

    Puan Sarimah keluar dari bilik itu . Husna mengambil telefonnya . Dia mendail nombor Ikhwan . Berkali-kali dicuba tetapi tetap tidak diangkat . Husna berasa sedih . Ikhwan benar-benar berubah !

   "Husna , nah ! " Puan Sarimah memberi surat itu .

    Husna mengambil dengan hati yang berat . 

assalamualaikum sayang ,

     aku mintak maaf andai aku tinggalkan kau tanpa sebarang khabar berita . bukan aku sengaja tetapi ada sebab aku berbuat demikian . untuk pengetahuan kau , jantung yang kau terima tu jantung aku . aku harap penyakit kau akan sembuh . maafkan aku sebab buat macam ni . aku tinggalkan kau sebab aku nak kau bencikan aku . biar bila aku nak dermakan jantung aku kat kau , kau takkan tahu , kalau kau tahu aku yang dermakan jantung tu , mesti kau taknak kan ? haha . 

 silly girl ,
   aku rindu kau sangat-sangat . masa hari aku tinggalkan kau tu , hati aku tak merelakan . tapi aku sanggup berkorban demi kau , wahai Husna . aku tak pandai dalam berkata-kata . dan cinta sejati itu perlu kan pengorbanan kan ? inilah pengorbanan aku untuk kau sebagai tanda betapa dalamnya cinta aku untuk kau . 

 Husna Irdina ,
    gadis yang aku ingin dia menjadi milik aku . hanya aku ! dan kini aku dapat . dan aku bahagia walaupun kini aku tiada didunia ni . aku nak kau tahu yang aku sentiasa ada disisi kau , sebab kau guna janung aku untuk hidup . aku ingat lagi kau cakap , aku ni nyawa kau . dan kini terbukti kan . kau masih hidup menggunakan jantung aku .

 sayangku ,
   semoga kau bahagia disamping Syahril . selama ni , dia yang tolong aku jaga kan kau . sebenarnya , dia tahu apa yang aku lakukan , tapi aku minta dia jangan beritahu kau . aku tahu dia suka kau dan aku harap dia dapat jaga kau lebih baik dari aku . ingat ni sayang , aku cinta kan kau SAMPAI SYURGA :)

ikhwan 

  Air mata Husna tidak dapat ditahan lagi . Sungguh berat dugaan ini . Kenapa Ikhwan sanggup melakukan semua ini . Husna mencari mamanya . 

   "Ma , rupa-rupanya Ikhwan yang jadi penderma tu ma !" Husna menangis teresak-esak .

   "Apa ? Ya Allah , mulia sungguh hati dia . "

   "Ma , Husna nak pergi tengok dia . Telefon Syahril ma . " Husna mendesak mamanya .

    Puan Sarimah mendail nombor Syahril dan memberi telefon itu kepada Husna .

  "Syahril , mana Ikhwan ? Aku dah tahu semuanya . Please Syahril . "

  "Maaf Husna , Syahril dah selamat dikuburkan . Aku pasti kau dah dapat surat dari Ikhwan kan . Cinta dia terlalu agung , Husna ! "

   Telefon ditangan Husna terlepas . Dia terlalu menyayangi Ikhwan . 'Ya Allah , kau tempatkanlah suamiku dikalangan orang-orang yang beriman . sesungguhnya dia suami yang baik '

dari hati :
afrina yusuff :)


   tamat . maaf kalau sedih :)

No comments:

Post a Comment