href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

maafkan aku (part 8)


sambungan ....

       Husna keluar dari rumah dengan sisa tangisan tadi . Dia terharu dengan cara Ikhwan , sungguh romantik . Ketika keluar dari rumah , dia pelik melihat begitu banyak belon yang bergantungan di pagar rumahnya . Di setiap belon , kelihatan ada abjad dan ia membentuk satu ayat yang sangat indah .

   S U D I  T K  A W A K  J A D I  I S T E R I  S A Y A

      Sekali lagi air mata dia mengalir . Lelaki ini , ada saja perkara yang dia buat yang bisa mencairkan hati perempuan ini . Dia agak terkejut tetapi dia ingin sekali mengatakan YA . Dia melangkah mencari kelibat lelaki itu . Puas mencari , tetapi tidak dijumpai . Bila Husna memusingkan badannya untuk melangkah masuk ke rumah , tiba-tiba Ikhwan datang dengan sejambak ros merah ditangan . Ditengah-tengah itu ada sebuah kotak kecil berbentuk hati .

     "Sudi tak awak jadi permaisuri saya ?" Ikhwan melamar Husna .

     "Ada-ada je awak ni kan ! Haha , saya terima awak , sayang !" Husna menerima lamaran itu .

     Ikhwan tersenyum . Akhirnya dia berjaya melamar gadis itu . Dan tidak lama lagi , gadis itu akan menjadi permaisurinya . Akan menjadi ratu dihatinya .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

       Husna mengerang kesakitan . Sudah lama penyakitnya itu tidak menyerang . Tetapi sejak kejadian hari itu , penyakitnya bertambah teruk dan Husna tahu yang dia perlu menjalani pembedahan . 'Ya Allah , kau kurangkanlah sakit ini . Jangan biarkan aku pergi selagi aku tidak menjadi isteri Ikhwan . Biarlah hanya satu saat sahaja , itu sudah memandai bagiku .' Husna mengeluh .

        Dia mencari ubatnya didalam laci . Bila dia melihat ubatnya itu , dia mengeluh sekali lagi . Dia takut yang dia tidak sempat untuk menjadi isteri Ikhwan . Husna tidak kisah sekiranya dapat menjadi isteri Ikhwan hanya satu saat . Asalkan dia sempat menjadi , itu sudah cukup .

          Tiba-tiba telefonnya berlagu riang , meminta untuk diangkat . Kelam-kabut dia menelan ubat itu dan mengangkat panggilan itu . 

hei pujaan hati apa khabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu


         "Assalamualaikum , sayang " Ikhwan menyapa .

         "Waalaikumussalam " Husna menjawab dengan nada menahan sakit .

        "Kau okey tak nie ? Suara macam sakit jea " Ikhwan risau mendengar suara Husna .

        "Aku okeylah .... " Husna tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana dia rasa dunia dia tiba-tiba gelap dan akhirnya dia pengsan . 

bersambung ......

dari hati :
afrina yusuff :)

No comments:

Post a Comment