href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1008/1008954qqr71dvokd.gif ' rel='icon' type='image/x-icon'/>

maafkan aku (part 9)




sambungan ....

      "Husna , kau okey tak nie ? Kenapa kau tiba-tiba diam ? " Ikhwan mula risau dengan keadaan itu .

  Dia segera mengambil kunci keretanya dan menuju ke rumah Husna . Dia takut penyakit Husn datang menyerang . 'Ya Allah , kau selamatkanlah Husna . Janganlah kau ambil nyawa nya . aku sangat sayangkan dia ' .




    Sebaik sahaja sampai di rumah Husna , dia segera menuju ke bilik Husna . Ketika dia membuka pintu bilik itu , dia terlihat sekujur tubuh yang sedang pengsan disudut bilik itu . Dia segera menerpa ke arah Husna dan mengangkat tubuh itu . Dia menepuk-nepuk muka Husna untuk menyedarkannya .

     "Sayang , bangunlah . Aku sayang kau ! " Ikhwan sedaya upaya menahan tangisannya . Dia terlalu menyanyangi gadis ini .

    "Bangunlah sayang , aku nak kahwin dengan kau . Aku nak bina keluarga yang bahagia dengan kau . Please sayang . Bangun ! "

    Tiba-tiba Husna tersenyum . Dia memandang Ikhwan tepat ke anak mata lelaki itu . Sebenarnya dia telah sedar , tetapi Ikhwan telah datang dulu sebelum sempat dia bangun . Jadi dia berpura-pura pengsan . Dia terharu mendengar ayat yang diungkapkan oleh Ikhwan itu .

     "Betul ke apa yang kau cakap tu ?" Husna bertanya .

     "Kau pengsan ke tak nie ? " Ikhwan menjadi pelik melihat gelagat Husna itu .

     "Aku tanya , betul ke apa yang kau cakap tu ?" Husna mengulangi ayatnya .

     "Betullah . Aku sayang kau ! Kau je tak sayang kat aku ."Ikhwan membuat muka .

     "Alololo , aku sayang kau jugaklah ." Husna tersenyum manja .

     "Sayang , jom keluar dari bilik nie . Kau buat aku tak sabar-sabar nak kahwin je tau ! " Ikhwan mengeluarkan kata-kata yang nakal .

     Dengan pantas jari Husna mencubit perut Ikhwan yang tough itu . Ikhwan menjert kecil . Kebahagiaan mereka seringkali disirami dengan ungkapan cinta yang mampu membuat orang lain cemburu melihat mereka .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Ikhwan dan Husna sibuk mencari bahan untuk membuat hantaran . Minggu hadapan mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka dengan tema purple-silver . Tiba-tiba Ikhwan menarik Husna memasuki kedai barangan kemas . Ikhwan menyuruh Husna memlih barang kemas yang akan dijadikan hantaran daripada pihak Ikhwan .

    Ketika sibuk memilih barang perhiasan itu , tiba-tiba ada seorang lelaki menegurnya .

      "Hai Husna !" Syahril menyapa mesra

      "Hai . Awak siapa ek ? Macam pernah tengoklah " Husna bertanya untuk mengambil kepastian .

      "Saya kawan Ikhwanlah . Ikhwan mana ya ? Awak sorang je ke ?"

      "Hey Syahril . Buat apa kat sini ? " Ikhwan menyapa dari jauh .

      "Eh , kau pergi mana tadi ? Aku ingatkan nak usha awek kau nie . Haha ! " Syahril berlawak .

      "Kalau kau rasa nak makan nasi guna tiub , kau trylah usha dia . Nie bakal isteri aku nie . " Ikhwan berasa sedikit cemburu .

      "Eh , aku gurau je ! Ecececeh , bakal isteri ! Bila nak kahwin ? Aku dah aku sabar nak makan nasi minyak nie . "

     "InsyaAllah , kalau takde aral melintang , aku akan bernikah minggu depan . Nah , nie kad jemputan . Ajaklah awek kau datang sekali " Ikhwan menyerahkan kad jemputan kepada Syahril .

        Setelah mendapat kad itu , Syahril meninggalkan mereka berdua . Di dalam hatinya , dia terpikat dengan gaya dan tutur kata Husna . Tetapi semua itu dipendamkan kerana Ikhwan kawan baiknya .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

       "Sayang , jom nyanyi duet . Dah lama aku tak dengar kau nyanyi . Rindu lah! " Ikhwan mengajak Husna nyanyi .

       "Macam-macamlah kau nie ! Aku nyanyi kau sambung tau ! " Husna mengenyitkan matanya .

bagaimana harus aku
menahan rasa rinduku
bila kau tiada disisi

tak dapatku membayangkan
rasa rindu dalam jiwa
kita sama-sama rasa

ku menyayangimu
hingga akhir hayat nanti
pastikan bersama

ku mengharapkanmu
untuk meneruskan perjalanan
cinta ini

aku cinta aku rindu
walau berjauhan
aku tahu hatimu

aku cinta aku rindu
tuhan berkatilah cinta ku padanya .

bersambung ...

dari hati ;
afrina yusuff :)


No comments:

Post a Comment