Kawan baik tetapi selalu bergaduh , merajuk , bermasam muka ! Pelikkan ? Tetapi itulah kenyataannya . Anisa dan Hazwan mereupakan kawan baik tetapi mereka sering bergaduh. Adakalanya mereka berbaik dan selalu bersama . Anisa kadang-kadang tidak faham dengan perangai Hazwan. Bukannya tidak suka , tapi cuma bengang .
Hazwan mempunyai kekasih dan Anisa pula menyukai seniornya yang digelar 'Mr.A' . Kekasih Hazwan merupakan kawan baik Anisa . Pernah sekali , eh bukan sekali , tetapi banyak kali kekasih Hazwan iaitu Irma , cemburu melihat kemesraan di antara Hazwan dan Anisa.
"Jika persahabatan bertukar menjadi cinta dalam hati , susah ! Tapi , lagi susah jika cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan."
"Anisa , tolong belikan karipap untuk aku !" pinta Hazwan .
Anisa pelik . 'Dalam banyak-banyak makanan yang dijual di kantin , karipap jugak yang kau pilih' Anisa berkata dalam hati. Anisa malas nak melawan , dia mengikut saja kata Hazwan . Pada mulanya Anisa tidak meminati karipap , tetapi sejak membelikan karipap untuk Hazwan , dia pun menyukainya .
"Cimok , tolong aku boleh tak ?" Hazwan memanggil Anisa.
"Apa kau panggil aku ? Cimok ?" Anisa memarahi Hazwan kerana memanggilnya dengan panggilan yang bukan-bukan.
"Aku panggil kau Cimok sebab badan kau kan gemuk." Hazwan mula mengusik .
"Okey fine! Kau panggil aku cimok , kan ? Aku pulak panggil kau Cibun . Sebab kau buncit!" Anisa menyindir kembali.
"Hishh , tak habis-habis nak bergaduh. Karang aku kahwinkan korang karang baru tahu !" Asha memarahi mereka berdua .
Anisa memalingkan muka . Penat bersabar dengan perangai Hazwan yang semakin lama semakin suka menyakat . Kalau sakat sikit-sikit takpe lah! Asha tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Sakit hati jugak nak melayan kerenah budak dua ekor ni, nak buat macam mana , nama pun kawan kan ?
Sejak itu, nama panggilan itu melekat sehinggalah sekarang. Kadang-kadang rakan-rakan meraka di dalam kelas memanggil mereka berdua dengan panggilan itu .
"Kalau menyayangi seseorang , jangan menyayangi lebih dari yang sepatutnya. Kalau membenci seseorang , jangan melebihi yang sepatutnya"
Hari-hari yang mendatang , dilalui dengan penuh tawa dan duka. Ketawa dan merajuk menghiasi persahabatan itu. Tetapi tak selamanya kebahagiaan itu milik mereka . Anisa mula merasakan yang dia mula menyukai Hazwan.
Ada di antara rakan-rakan Anisa menyedari keadaan itu. Mereka hanya berdiam diri , tak mahu serkap jarang .
Ada suatu hari tu , Hazwan demam dan dia tidak hadir ke sekolah. Sepanjang hari itu jugaklah Anisa diam dan muram . Ashahanya tersenyum memandang gelagat Anisa.
"Anisa , asal kau diam ? Ada masalah ea ?"
"Aku rindu dia...!"
"Mr.A ?"
"Taklah . Hazwan "
"Ehem , sejak bila pandai berindu-rinduan nie ?" Asha mengusik.
"Aku rindu nak gaduh dengan dia lah !"
Asha tersenyum meleret . 'Taknak mengakulah tu . ' bisik hati kecil Asha . Dia tahu apa yang Anisa rasa ketika ini.
~~~~~~~~~~~~~
Anisa menuju ke kelas 5 Melur . Hari ini dia ada kelas tambahan bersama dengan Cikgu Khairi . Sebaik saja dia sampai , kelihatan Hazwan sedang menuju ke arahnya. 'Tuhan , aku rindu dia !' getus hati kecilnya . Anisa memalingkan mukanya daripada terus-menerus melihat Hazwan . Tetapi dia memalingkan mukanya kembali , bukan melihat Hazwan . Tapi melihat baju yang dipakai oleh Hazwan .
"Gosh , asal pakai baju sama dengan aku ?" Anisa bertanya .
"Habis tu , kau sorang jelah boleh pakai baju macam nie ? Aku pun boleh jugaklah ."
"Ehem ehem , ada apa antara korang ?" Aikal mengusik .
"Apa yang ada ?" Anisa bertanya .
"Aduh , minah ni blur pulak . Maksud aku , korang nie dah rancang nak pakai baju sama ke ? Haha !" Aikal mengusik .
"Diamlah Aikal. Sepak laju-laju karang !" Anisa memarahi Aikal .
"Cimok nie , tiru orang je tahu." Hazwan sudah mula mengusik .
"Cibun , diam je lah . Ergh , tak nak cakap dengan kau lagi . " Anisa merajuk .
Setelah satu jam berlalu , Anisa , Hazwan dan beberapa pelajar lain meminta diri untuk keluar lebih awal . Hazwan perlu menghadiri tuisyen di luar dan Anisa pula perlu mengikut keluarganya ke Seremban .
"Hazwan , sinilah jalan dengan aku." panggil Anisa .
"Okey!" Hazwan segera pergi ke arah Anisa yang agak ketinggalan di belakang .
Mereka berjalan beriringan keluar dari sekolah . Sepanjang perjalanan itu , mereka tidak habis-habis bergurau senda . Ada saja lawak yang dibuat oleh Hazwan .
"Cibun , aku nak pergi Seremban ni . Nak kirim pape tak ? Anisa bertanya .
"Belikan aku beglah. Beg aku dah rosak." Hazwan meminta.
"Uih, takde yang lagi mahal ke ? Janganlah wei , duit aku takdelah banyak mana . "
"Aku tak kisahlah . Kau belikan je pape untuk aku ."
"InsyaAllah."
"Okey, thanks tau . Bye . Take care ."
~~~~~~~
"Untunglah , orang tu wallet dia jenama ECCO ." usik Asha .
"Aik , mana kau tahu ?" Hazwan pelik macam mana Ashiqah boleh tahu jenama walletnya .
"Alah , untunglah wallet sama jenama , kan ?" Asha bertambah ligat mengusik Hazwan . Sementara Anisa yang disebelahnya pula , sudah malu-malu kucing !
"Mana kau tahu Asha ?" tanya Hazwan lagi .
"Budak sebelah aku nilah yang bagi tahu ." kata Asha sambil melirikkan matanya ke arah Anisa .
"Ouh , diam-diam sudahlah , kan ? HAHA ! " Hazwan tergelak .
Asha , Anisa dan Hazwan berada di dalam makmalsains tingkatan 3 . Guru mereka sedang mencari bahan untuk membuat uji kaji mengenai biji benih . Mereka mengambil kesempatan itu untuk berbual atau membuat nota . Asha , Anisa dan Hazwan duduk di sebuah meja bersama dengan dua lagi rakan mereka .
"Okey , cikgu sudah jumpa bahan yang diperlukan untuk membaut uji kaji ini . Saya minta kamu semua untuk ambil sebuah mikroskop dan bahan ini ." Cikgu Raudah menunjukkan bahan yang perlu mereka ambil .
Semua pelajar 3 Perdana sibuk melakukan tugas masing-masing . Anisa dan Hazwan leka melakukan uji kaji ditempat mereka . Walaupun sedang melakukan uji kaji , mereka masih lagi bergaduh .
"Hazwan , bukan macam tulah . Rosaklah benda alah tu nanti !" Anisa memarahi Hazwan kerana tidak serius melakukan kerja .
"Alah Cimok nie , biar jelah !" Hazwan tidak mahu mendengar kata .
"Ish , sepak laju-laju karang !" Anisa geram meliaht kelakuan Hazwan .
"Sepaklah !"
"Ergh , tak nak cakap dengan kau !" Anisa merajuk .
"Alah cimok nie , tak nak cakap konon . Kejap lagi cakap balik dengan aku ." Hazwan mengusik .
Anisa diam dan tidak mahu bercakap dengan Hazwan . Kadang-kadang dia geram dengan Hazwan . Tapi , bila Hazwan tidak mengusiknya dalam satu hari tu , dia rasa kosong . Rasa rindu ? Entahlah , mungkin agaknya .
"Cimok , gambar aku time kecik ada dekat kau , kan ? Simpan tau . Pastu kau masukkan dalam FB aku . " Hazwan masih berkata walaupun dia tahu Anisa takkan bersuara .
"Cimok , aku nak pindah PD nie . Sebab mak aku mintak kerja kat sana . Maybe kalau dapat , aku pindah sanalah !" Hazwan mula bercerita tentang dirinya .
"Cimok , kau dengar tak apa yang aku cakap nie ? Cakaplah something "
Anisa yang sebenarnya setia mendengar apa yang dikatakan Hazwan , mula mengalirkan air mata . Dia tak sanggup nak berpisah dengan Hazwan kerana dia mula menyayangi Hazwan .
"Cimok , kau nangis ke ? Janganlah nangis weyh . Aku tak tahu lagi , aku pindah ke tak ." Hazwan memujuk .
"Lepas nie , dah takde orang nak carik pasal dengan kau . Dah takde orang nak share problem dengan kau . Kau dah takde cibun lagi dah." Hazwan berkata lagi .
Air mata Anisa mulai turun dengan deras . Jujur , dia tidak sanggup kehilangan Hazwan .
~~~~~~~~~~
"Eh sayang , asal nangis nie ?" Asha pelik melihat Anisa menangis .
"Kenapa setiap orang yang aku sayang , tinggalkan aku ? Kau nak tinggalkan aku . Hazwan pun sama . Benci tau tak !" Anisa bercerita sambil mengesat air matanya .
"Anisa , aku tak tahu sama ada aku pindah atau tak . Jangan nangis , aku tak suka !" Asha memujuk .
"Cimok , aku tak tahu lagi aku pindah ke tak . Lagipun mak aku baru interview kali kedua ." Hazwan pun ikut sama memujuk Anisa .
"Emm , yewla . Kalau kau pindah , gambar kau tu biar aku simpan . Boleh , kan ? " Anisa sudah berhenti menangis .
"Eh , cimok ni , tadi tak nak cakap dengan aku . Sekarang ni cakap pulak ?" Hazwan kembali mengusik .
Anisa kembali tersenyum . Dia tahu dia tidak akan gembira seperti sekarang ini jika tiada Hazwan disisinya .
"Sudah-sudah , aku tak nak tengok korang berasmaradana dekat sini ."Asha yang dari tadi asyik melihat kemesraan Anisa dan Hazwan , segera beredar dari situ .
Anisa dan Hazwan tergelak melihat gelagat Asha .
~~~~~~~
Hari ini ada sekolah ganti , Anisa seperti hadir ke sekolah seperti biasa . Setiap pagi , Anisa akan memasuki kelas matematik yang dikendalikan oleh cikgu Amira . Kelas itu diadakan 30 minit sebelum perhimpunan bermula .
Setelah selesai kelas matematik , Anisa ke tapak perhimpunan untuk beratur sebelum masuk ke kelas . Sebaik sahaja dia tiba di tapak perhimpunan , kelihatn Hazwan dan Irma sedang bergurau senda . Sedikit kekecewaan terpancar di muka Anisa tetapi dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku .
Semasa dalam perjalanan menuju ke kelas , Hazwan memegang kepala Anisa seperti biasa . Anisa cuba tersenyum , tetapi senyuman itu palsu .
Matapelajaran yang pertama ialah geografi . Cikgu Lee tidak masuk ke kelas kerana ada mesyuarat . Murid 3 Perdana mengambil kesempatan untuk membuat kerja yang diberi oleh Cikgu Raudah yang tertangguh . Menjadi kebiasaan kepada mereka untuk berkumpul dan membuat kerja bersama-sama .
Setelah selesai menyiapkan kerja sekolahnya , Anisa sengaja keluar dari kelas untuk berjalan-jalan . Semasa ingin keluar , dai terpandang Hazwan sedang berdating dengan Irma . Anisa hanya tersenyum melihat mereka .
Tidak seperti kebiasaan , rehat kali ini Anisa tidak membelikan karipap untuk Hazwan kerana Hazwan rehat bersama Irma . Anisa tidak suka dengan keadaan ini tetapi dia terpaksa akur kerana dia sedar bahawa Hazwan bukan miliknya .
"Anisa , sinilah . Lepak dengan kitorang ." Irma memanggil Anisa untuk lepak bersama nya dan Hazwan .
Anisa pada mulanya tidak mahu pergi . Tetapi setelah banyak kali diajak , akhirnya dia pergi juga walaupun dia akan terluka .
"Kau tengok Hazwan nie , dalam banyak-banyak makanan yang ada kat kantin tu , karipap jugak yang dia pilih ." Irma mengadu .
"Hmm , Hazwan memang macam tu . Pelik , kan ? Tapi nak buat macam mana , pakwe kau jugak . " Anisa tersenyum mengungkapkan ayat terakhir itu .
Setelah lama berada disitu , Anisa meminta diri untuk masuk ke kelas . Anisa tidak sanggup melihat kemesraan diantara Hazwan dan Irma . Dia cemburu .
Selesai waktu persekolahan , anisa balik seorang diri . Selalunya Hazwan akan temankan dia balik tetapi hari ini Hazwan balik dengan Irma . Semasa ingin keluar dari pintu pagar sekolah , Anisa bertembung dengan Irma dan Hazwan .
"Untunglah , hari ni kau bahagia ." Anisa berkata .
"Haha . Untunglah jugak ! " Irma tersenyum-senyum membalas .
'Tapi hari ni aku sedih . Aku terpaksa terima kenyataan bahawa Hazwan milik kau , bukan aku ! Aku terpaksa mengundurkan diri . ' Anisa berkata didalam hatinya .
-TAMAT-
lots of love
afrina yusuff

sedih nyee :(
ReplyDeletealah akak . kesudahannya sedih :'(
ReplyDelete